November 20, 2010

Warkah Dari Abangmu ( Pendek Aje )

kepada adikku( Zarif Irshad Mohamad Ehsan) yang akan menempuh ujian besar SPM selasa ini...... abg ucapkan semoga berjaya,lakukan yang terbaik dan all out in your exam....kejayaan pasti akan menanti...InsyaAllah

November 18, 2010

Salam Aidiladha Ana Hulurkan

Selamat hari raya ana ucapkan kepada semua umat Islam walaupun berada dimana sekalipun. Hari raya Aidiladha membawa seribu pengertian bagi sesiapa yang mahu mengertinya. Ia juga membawa pelbagai maksud dan simbolik dalam Islam misalnya erti pengorbanan dan juga penyerahan jiwa dalam menunaikan sesuatu ibadah kerana Allah. Diharapkan setiap umat Islam yang masih bernafas dimuka bumi ini mampu mengambil pengajaran dari sambutan hari raya Aidiladha.

Tahun ini ana menyambut Aidiladha keseorangan tanpa keluarga dan orang yang tersayang disisi. Meskipun mereka tiada disisi semasa menyambut Aidiladha ini namun ana sentiasa mengingati mereka walaupun agak terkilan kerana tidak dapat menjamu masakan istimewa raya dari air tangan Bonda sendiri. Walaubagaimanapun , disini ana sedar ana mempunyai rakan taulan yang sama2 menyambut hari yang penuh bermakna ini. Hari raya Aidiladha disini disambut sehari lebih awal dari kampung halaman. Tak tahulah kenapa . Tulah... masa subjek Geografi Cikgu Zulfidy(cikgu ana time tingkatan 3) selalu sangat ponteng hehehe...

Sambutan Aidiladha disini ta macam kat kampung halaman kerana Aidiladha disini lagi meriah berbanding Aidilfitri. Kalau diikutkan Aidilfitri lagi meriah dari Aidiladha.Tak tahulah kenapa diorang meriah time Aidiladha... Tatkala tamatnya azan Isya` malam raya, suasana bertukar dengan alunan lagu Arab yang ana sendiri ta paham langsung pa yang dinyanyi disamping tepi2 jalan penuh dengan para pengembala kambing menunggu pelanggannya.Memang tatkala itu jalanraya memang sesak masa ana pergi keluar bersiar-siar.Fuh!

Hari berikutnya ana menyambut Aidiladha di ARMA(Rumah Malaysia) dan di Asrama Negeri Johor(Ana ta berkesempatan pergi kerana kurang sihat). Di ARMA, sambutan dimulakan dengan alunan takbir oleh semua pelajar, diikuti dengan persembahan multimedia( memang mantap ah mereka semua buat),nasyid dan dikir barat. Memang seronok ah ketika itu walaupun bukan di kampung halaman. Kini ana mempunyai ramai rakan-rakan baharu disini dari universiti lain selain Azhar dan tak ada lah perkataan homesick lagi :). Walaupun tak ada gambar masa sambutan Aidiladha di ARMA (sebab tak ada kamera, insyaAllah nanti bila ada kewangan akan dibeli DSLR suatu hari nanti),namun suasana disitu akan tetap ana kenang sampai bila-bila.

Time makan lah ana paling nanti-nantikan. hehehehe. Tapi yang tak bestnye bila kena beratur, dahlah panjang. Lama juga menunggu untuk menjamu selera. Best. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Makan nasi dengan daging masak kurma dan daging masak sup( ta tahulah daging apa macam sedap je, member cakap ada daging unte). Memang meriah lah masa makan, penuh tempat duduk.

Fuh penat gila taip panjang2 nih walaupun tader idea pada awalnya.So di akhir penulisan ini ana ingin katakan inilah pengalaman yang pertama ana menyambut Aidiladha berjauhan dari keluarga. Diharapkan ayah, bonda, adik sihat dan menyambut Aidiladha yang penuh barakah. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT MENYAMBUT MUSIM SEJUK........


November 15, 2010

Andai Kata Lebih Panjang Lagi, Andai Kata Masih Baru, Andai kata Semuanya..

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Baginda kembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, "Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"

Si balu menjawab, "Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal."

"Apa yang dikatanya?"

"Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah s.a.w..

"Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

"Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, "Andainya lebih panjang lagi." Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula."

"Ucapan lainnya Ya Rasulullah?" Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, "

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi." Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

"Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?" Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, " Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda."

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

" Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Moral: "Hakikatnya, memang itulah keadilan Alllah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula."

selawat

November 14, 2010

Kemeriahan Kuliah Pergigian :)

Kekasihku

"Terhimpun pada diri (Muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangan ketika bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan senantiasa melemparkan senyuman disamping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, keberanian dan kecekalan yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.... Itulah kekasihku Rasulullah...

Kenyataan seorang panglima Islam

Panglima Islam, Rub'ii bin Amir pernah berkata "Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendakinya daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kesesatan agama kepada keadilan Islam dan diutuskan kami dengan agamanya untuk disampaikan kepada makhluknya"....(Kenyataan ini dibuat dihadapan Panglima Parsi, Rustam, sebelum tercetusnya Perang Qadisiyah)

Teacher

We may not always value what. You strive to do each day. We may not listen to your words. Or care what you might say. One day, we'll know that all you gave. Can take us very far. You opened up our minds to learn. And made us who we are...

Dalam sepuluh ku bergelar cinta

Dalam sepuluh yg kugelar Cinta belum ada satu yg kukuh memasak teguh pada bumi hati ada sahaja putusnya, di tengah kemudian di tepi kanan kiri kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi kerana cintaku putus terkerat sedetik dari Pencipta..... Kiralah berapa dlam pun hitunglah berapa tinggi pun kemudian ganda dua, kali tiga cinta yg dikumpul dengan takungan diri akhirnya pecah, melimpah kerana kulupa membahagikan hak Cintaku pada empunya Cinta..... Dalam sepuluh Cinta yg kutakrif - ini untuk umat ada sesal paling tirus tetapi agam untukmu yg kugelar Cinta andai ia bersambung terus pada Tuhan...

Ilmu

Menguasai ilmu semasa adalah wajib.Tidak akan ada kecemerlangan tanpanya .....Justeru, kesedaran perlu disemaikan di hati muda pada hari ini supaya mereka menjadi golongan yang cintakan ilmu termasuk ilmu sains.......Hanya dengan ilmu sahaja umat menjadi cemerlang dan gilang-gemilang.......Berazamlah supaya kita berada di salah satu penjuru daripada penjuru-penjuru ilmu fardhu kifayah........Jangan dilupakan perkataan Imam Ghazali yang bermaksud " Yang fardhu kifayah adalah setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yang tidak dapat diketepikan"

Semangat diriku

Setapak demi setapak aku mara. Seribu satu rintangan menghalang, aku tendang, aku terajang hingga tumbang. Apa pun tak dapat menghalang. Siapa pun tak dapat menentang. Kecuali takdir Tuhan Maha-Kuasa, Aku mara ke depan. Setapak demi setapak aku mara. Maksudku tetap tidak akan berganjak. Seperti bermula, aku terus menuju ke muka...

Luahan hatiku.....

ni lah pengalaman pertama aku berjauhan dengan kuarga... jauh gler....ta pernah ku bayangkan lagi tanpa mereka yang kusayangi disisiku...pada mulanya aku agak sayu dan terasa nak menitiskan aair mata sebab ibuku sendiri  menitiskan ayer mata di KLIA.....argh, aku anak jantan..... ti aku nangis kang ape adik aku pkir.... tulah azimat yang aku pegang hinggakan aku cuma tersenyum sahaja di KLIA  sambil melambai2 kepada mereka ketika menuju di balai perlepasan........
diatas kapal sebelum berlepas sempat juga aku menelefon ibuku namun dia ta mengangkatnye,,,,, aku tau ketika itu ibu ku mesti tidak sedar aku menelefonnya buat kali terakhir mgkin keletihan agaknya , itulah yang berada di benak pikiranku......

perjalanan kemari  amat mendebarkan kerana aku sendiri tidak menjangkakan apa yang akan berlaku disini.... sesampai sahaja aku di bumi anbiyaa,perasaan ingin tahu tentang mesir membuak2 sehinggakan segenap penjuru bandaraya mesir aku tinjau dan meneliti apa yang ada di bumi anbiyaa nih ..... pergh, ni lah dunia baharu yang akan ku alami disini selama 5 tahun....

rumah yang aku duduk nih adalah apartmen yang disewa dengan 5 orang rakan2 seperjuanganku yang lain....yasin,safwan,zul,afif dan din..... nilah kuarga ku disini selama 5 tahun....macam2 kami lakukan setibanya kami disini...kami explore sendiri dunia mesir ni  hahahaha macam2 perkara yang berlaku pada masa itu..dan ketika leka di mesir nih, aku teringat juga ibubapaku disana....apalah ibu masak arini???? adakah ayahku dah membaiki komputerku????.......aku hanya mengharapkan seadanya aku disini selama 5 tahun tiada apa perkara buruk yang berlaku kepada diriku ini dan juga perkara buruk yang berlaku kepada mereka yang aku tinggalkan di Malaysia.......

kini sudah hampir 3 minggu aku berada disini bersama2 rakan2ku ........ agak payah nak menyesuaikan diri disini dengan bahasanya.... dahlah bahasa arab diorang ami` (bahasa arab).....dulu aku belajar arab fushah(standard) ta berguna sangat kat sini sebab diorang nye dialek sebutan ta sama an kite belaja.....terpaksa lah aku balun macam2 perkataan...hahahaa...kekadang safwan an yassin banyak membantu sebab diorang 2 terer gak ar bab arab ami nih.......dahlah aritu aku kene kencing an pak arab bawak teksi ...... dugaan yang banyak memberi pedoman padaku supaya lebeyh berdikari lagi.........

ari sabtu nih (9 Oktober 2010) bermulalah kelas kami setelah penat merayau2 di cairo...... inilah saat yang aku tunggu2 selama ini bagi membuktikan kepada ibubapaku yang memberi sokongan kepadaku yang berada disini....dan juga membawa legasi perjuangan sebagai mahasiswa Azhar GENERASI KE2 selepas generasi 1 yang telah dilakukan oleh kedua2 ayah dan ibuku yang kucinta....... ku harapkan adik2ku mengikuti legasi ini dan juga anak2 ku juga hehehehe.....ayah...ibu...doakan kejayaan anakmu disini...ahamd akan pulang dengan ilmu yang dituntut dengan mendapatkan mumtaz yang ahmad impikan.....amin.....
sedekah alfatihah kepada ibu bapaku yang berada disana agar hidup kamu berdua diberkati dan dirahmati oleh Allah.....maafkan anakmu jika ada slah dan silap yek...... semoga aku menuntut ilmu dengan berkat syeikh2 azhar.... aiwa..... <3

(inilah pertama kali aku menulis diari hahahah :) )

Memories

Should we in this world know nothing about and where we chase an endless dream ...
Our overlap though pierce our heartbeats and our Spirits ...
A song continues Softly without hesitation ...
Our shadows blended together from the endless sky of the distant ...
The memories Were Writing Within necessity and whim ...
The whirl of time passed by ...
Even if i Were decay, I still Believe in your voice ...
Should this in future we know nothing about and where we chase an endless dream even I lose the light ..
The sparkling flame That you hit my heart from fragments of hope into wings ...