November 18, 2010

Salam Aidiladha Ana Hulurkan

Selamat hari raya ana ucapkan kepada semua umat Islam walaupun berada dimana sekalipun. Hari raya Aidiladha membawa seribu pengertian bagi sesiapa yang mahu mengertinya. Ia juga membawa pelbagai maksud dan simbolik dalam Islam misalnya erti pengorbanan dan juga penyerahan jiwa dalam menunaikan sesuatu ibadah kerana Allah. Diharapkan setiap umat Islam yang masih bernafas dimuka bumi ini mampu mengambil pengajaran dari sambutan hari raya Aidiladha.

Tahun ini ana menyambut Aidiladha keseorangan tanpa keluarga dan orang yang tersayang disisi. Meskipun mereka tiada disisi semasa menyambut Aidiladha ini namun ana sentiasa mengingati mereka walaupun agak terkilan kerana tidak dapat menjamu masakan istimewa raya dari air tangan Bonda sendiri. Walaubagaimanapun , disini ana sedar ana mempunyai rakan taulan yang sama2 menyambut hari yang penuh bermakna ini. Hari raya Aidiladha disini disambut sehari lebih awal dari kampung halaman. Tak tahulah kenapa . Tulah... masa subjek Geografi Cikgu Zulfidy(cikgu ana time tingkatan 3) selalu sangat ponteng hehehe...

Sambutan Aidiladha disini ta macam kat kampung halaman kerana Aidiladha disini lagi meriah berbanding Aidilfitri. Kalau diikutkan Aidilfitri lagi meriah dari Aidiladha.Tak tahulah kenapa diorang meriah time Aidiladha... Tatkala tamatnya azan Isya` malam raya, suasana bertukar dengan alunan lagu Arab yang ana sendiri ta paham langsung pa yang dinyanyi disamping tepi2 jalan penuh dengan para pengembala kambing menunggu pelanggannya.Memang tatkala itu jalanraya memang sesak masa ana pergi keluar bersiar-siar.Fuh!

Hari berikutnya ana menyambut Aidiladha di ARMA(Rumah Malaysia) dan di Asrama Negeri Johor(Ana ta berkesempatan pergi kerana kurang sihat). Di ARMA, sambutan dimulakan dengan alunan takbir oleh semua pelajar, diikuti dengan persembahan multimedia( memang mantap ah mereka semua buat),nasyid dan dikir barat. Memang seronok ah ketika itu walaupun bukan di kampung halaman. Kini ana mempunyai ramai rakan-rakan baharu disini dari universiti lain selain Azhar dan tak ada lah perkataan homesick lagi :). Walaupun tak ada gambar masa sambutan Aidiladha di ARMA (sebab tak ada kamera, insyaAllah nanti bila ada kewangan akan dibeli DSLR suatu hari nanti),namun suasana disitu akan tetap ana kenang sampai bila-bila.

Time makan lah ana paling nanti-nantikan. hehehehe. Tapi yang tak bestnye bila kena beratur, dahlah panjang. Lama juga menunggu untuk menjamu selera. Best. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Makan nasi dengan daging masak kurma dan daging masak sup( ta tahulah daging apa macam sedap je, member cakap ada daging unte). Memang meriah lah masa makan, penuh tempat duduk.

Fuh penat gila taip panjang2 nih walaupun tader idea pada awalnya.So di akhir penulisan ini ana ingin katakan inilah pengalaman yang pertama ana menyambut Aidiladha berjauhan dari keluarga. Diharapkan ayah, bonda, adik sihat dan menyambut Aidiladha yang penuh barakah. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT MENYAMBUT MUSIM SEJUK........


3 ulasan: